CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 28, 2011

.:6 Reasons Why Sweet To Be Single:.

1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.
6. Kurang beban tanggungjawab
Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Thursday, June 23, 2011

~jangan terpedaya dengan cinta~

Ramai yang berkata, "Cinta itu fitrah. Jadi, apa salahnya pada cinta?"
Ya. Tidak dapat dinafikan, cinta itu adalah fitrah. Fitrah, bererti sesuatu yang bersih. Fitrah bererti cinta itu sesuatu yang suci.
Namun, bagaimana sesuatu yang suci itu boleh menjadi fitnah (bencana)?
Cinta itu fitrah. Jadi, apakah pula yang cuba dimaksudkan dengan 'janganlah kalian tertipu dengan cinta'?
Bukankah fitrah itu suatu yang membawa kepada kebaikan?


Apabila fitrah menjadi fitnah
Tidak dapat kita nafikan, pada hari ini, betapa pengaruh media massa itu memberikan impak besar dalam pembentukan pemikiran masyarakat kita. Isu-isu yang diketengahkan di media massa, itulah yang akan menjadi pusat pemerhatian masyarakat.
Sekarang, apa pula kena-mengena media massa dengan cinta?
Ok, di sini saya berikan satu contoh.
Kita sedang menonton satu movie yang bertemakan cinta (yang berlambak di pasaran). Ok, apa yang difokuskan dalam cerita itu?
Mulanya, ditunjukkan bagaimana latar belakang kedua-dua watak utamanya; hero dan heroin. Berkenaan taraf kehidupan mereka, cara hidup mereka dan lain-lain. Kemudian, pengarah cerita memasukkan pula babak-babak seterusnya. Bagaimana mereka boleh terserempak, dan berkenalan. Kemudian, bagaimana perasaan 'cinta' itu tadi mula berputik. Dimulakan dengan minat, kemudian usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan pasangan tadi (daripada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak), dan usaha-usaha untuk mempertahankan cinta itu tadi.
'Pause'. Ok, anda sudah mula nampak apa yang cuba saya bawakan?
Kita dapat melihat kelebihan yang ada pada apa-apa media massa. Mereka boleh mengawal fokus penonton (atau pembaca).
Seperti yang kita dapat dilihat tadi, bagaimana, pengarah cerita tadi dapat mengawal pemikiran penonton tadi untuk memberikan fokus terhadap 'perjuangan' cerita, yakni 'cinta'.
Kita teruskan. . .
"Alaa, sibuk je perempuan tu!" kata seorang penonton, seakan tidak berpuas hati akan kewujudan orang 'ketiga', yang dianggap seperti perosak kepada perjuangan tadi, perjuangan cinta.
Dalam movie itu tadi, kesungguhan hero dan heroin dalam mendapatkan atau mempertahankan cinta itu turut dipamerkan. Bagaimana halangan-halangan yang muncul dalam 'perjuangan' mereka itu tadi, cuba mereka atasi satu demi satu, dan pengorbanan-perngorbanan yang dilakukan, menyebabkan cinta yang cuba dipertahankan tampak sungguh agung.
"Aisey, kacau la parent diorang ini. Jangan ganggu boleh tak?" Mungkin, ini kata-kata penonton tatkala scene parents kepada hero/heroin pula cuba menghalang cinta mereka. Em, tidak mustahil juga, kata-kata tadi turut muncul dari diri kita, mungkin bukan pada mulut, tapi pada hati, tanpa kita sedari.
Di sini, kesan 'perjuangan' cinta tadi sudah tertanam dalam minda penonton. Tanpa mereka sedari, mereka juga telah menjadi 'penyokong' kepada perjuangan cinta tersebut. 'Perjuangan-perjuangan' yang dipamerkan, walaupun terpaksa menentang kedua ibu bapa, mengorbankan komitmen hidup mereka, hanya atas nama cinta, dipandang suci. Semua itu dianggap pengorbanan-pengorbanan yang harus dipuji, atas tulusnya cinta yang wujud di antara mereka.. hero dan heroin.
Betapa 'agung'nya cinta mereka itu tadi, sehingga ianya sudah pun diangkat menjadi matlamat. Apa-apa perkara lain yang menghalangnya, baik berat maupun ringan, harus dikorbankan.
Nampak?
Inilah yang dipanggil sebagai 'ghazwul fikr' atau serangan pemikiran. Musuh-musuh Islam menggunakan pendekatan halus itu tadi untuk menyerang kita umat Islam.
Minda bawah sedar kita secara tidak langsung, mula menerima apa yang cuba dibawakan melalui cerita itu tadi; cinta itu matlamat. Percaya tak?
Hebat kan kesan 'ghazwul fikr' melalui media massa hari ini?
Movie itu hanyalah satu contoh. Banyak lagi saluran-saluran lain yang dapat digunakan, contohnya drama, novel, komik, lagu, dan sebagainya.
Lalu, itulah yang kita dapat lihat pada masyarakat kita hari ini. Gejala-gejala sosial berleluasa dengan hebatnya atas nama cinta. Cinta dipandang sebagai 'perjuangan yang agung', itulah yang kemudiannya dihidupkan dalam masyarakat kita. Bahkan, para pendakwah juga tidak terlepas daripada terkena tempias yang ada.
Kita... mungkinkah pemikiran kita juga telah berjaya di'serang' dan di'tewas'kan tanpa kita sedari?
Bagaimana fitrah itu boleh dicemari
Kita sudah arif, bahawa cinta itu memang pada hakikatnya adalah fitrah.
Namun, mengapa fitrah itu boleh pula menjadi fitnah (bencana)?
Kenapa?
Ini berpunca apabila cinta itu dijadikan matlamat utama. Menjadikan cinta sebagai sole purposekehidupan kita. Seperti yang dapat kita lihat dari kisah yang saya ceritakan tadi.
Ya. Kita ambil air zam zam dan air coca cola sebagai analogi. Bayangkan, apa yang akan terjadi apabila secawan air zam zam tadi dicampurkan pula dengan beberapa titis air coca cola.
Pasti warnanya berubah bukan. Apatah lagi, apabila sebanyak secawan lagi air coca cola tadi dimasukkan ke dalam air zam zam. Pasti, warnanya akan berubah dengan mendadak. Kesucian air zam zam pada mulanya tadi pun sudah tidak lagi kelihatan. Yang terlihat, hanya hitam dan kekerohan.
Jadi, begitu juga dengan cinta yang wujud pada masyarakat kita tadi.
Apabila manusia meletakkan cinta sebagai matlamat utama hidup mereka, secara tidak langsung, cinta itu tadi, telah mereka campurkan dengan perkara-perkara lain. Nafsu mereka, keburukan-keburukan, maksiat-maksiat, dan sebagainya yang tidak suci (fitrah), yang kemudiannya akan mencemarkan kesucian cinta itu tadi.
Akhirnya, cinta itu yang yang pada mulanya tadi bersih itu, kini kelihatan kotor - daripada fitrah, menjadi fitnah.
Babak-babak dalam kehidupan kita
Tadi, saya ceritakan babak-babak dalam movie. Kini, saya bawakan pula babak-babak dalam kehidupan kita. Kejadian-kejadian realiti.
Ada kes, yang mana, seorang muslimah sanggup murtad demi mempertahankan cinta.
Terdapat juga kes-kes, yang mana manusia itu, sanggup membunuh diri hanya disebabkan putus cinta.
Tidak kurang juga kejadian, di mana manusia sanggup menggadaikan maruah dan harga diri mereka, hanya atas harga cinta.
Malah, yang turut menyedihkan juga terdapat peristiwa di mana para pendakwah, gugur dalam perjuangan dakwah mereka disebabkan cinta mereka tadi tidak berbalas.
Rugi bukan?
Apa puncanya?
Inilah kesannya apabila cinta itu tadi, telah kita jadikan sebagai matlamat kita. Dan perkara-perkara yang menghalang cinta pula, mungkin telah kita lihat sebagai suatu ancaman yang harus disingkirkan.
Satu cara pandang yang sudah terbiasa.
Justeru, mari sama-sama kita kembali menjernihkan cara pandang masyarakat kita terhadap 'cinta'.
Penutup: Kembali meletakkan cinta di tempatnya.
*****
Allah mengkurniakan cinta kepada manusia. Pasti ia bukan sesuatu yang hanya sia-sia, bukan?
Oleh itu, ayuh kita murnikan kembali pandangan kita terhadap cinta.
Tidaklah Allah mengkurniakan cinta itu, melainkan agar ia memudahkan kita mencapai matlamat hidup kita.
Apa matlamat hidup kita?
"Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu." - [Surah Adz-Dzariyat, 51: 56]
Ya, Allah - itulah matlamat kita.
Bukan cinta.
Cinta hanyalah salah satu alat, untuk mencapai matlamat kita tadi. Dan ianya tidak lebih dari itu.
Persoalannya,
Pada hari ini, siapakah yang tinggal untuk kembali memurnikan cinta? Siapa yang akan memperjuangkan agama, meletakkan Allah sebagai matlamat utama?
Moga hati-hati kita, dalam diam menjawab, "saya".
Insha-Allah.

Friday, June 3, 2011

.:MuLia hAti se0rang kakak:.


Emak melabuhkan tirai pada daun tingkap di kampung. Aku terdengar bunyi tingkap ditutup. Aku hanya dapat berhubung dengan emak menggunakan panggilan telefon. Jarak yang sangat jauh membataskan perjumpaan kami.
Setelah 2 minggu berumahtangga, aku perlu mengikut suamiku ke Australia kerana beliau menyambung pelajarannya. Sedih dan pasrah, aku tinggalkan emak dan abah yang sudah tua di kampung. Aku sebagai anak yang bongsu, berasa sangat sedih dan takut meninggalkan emak dan abah, berdua di kampung. Siapalah yang tahu sakit dan pening mereka.
Setibanya aku dan suami di KLIA, aku menanti dengan penuh sabar. Emak dan abah katanya akan sampai beberapa minit lagi dari rumah abangku di Sepang.
Aku bersalam dan berpelukan dengan emak dan abah saat aku perlu masuk untuk berlepas. Kusalam tangan emak dan abah. Kupeluk tanpa mahu kulepas lagi.
Demi suami tercinta, aku tinggalkan emak dan abah kepada Allah yang Maha Esa. Semoga Allah menjaga mereka berdua.
Beberapa bulan kemudian aku menghubungi emak dan abah.
Pada suatu hari, emak menangis dan mengdu sesuatu kepada aku.
"Sewaktu emak kecil, emak pergi mendulang bijih timah. Emak menoreh getah. Emak berhenti sekolah. Emak hanya sekolah setakat darjah 2."
Emak terdiam. Aku kalut memikirkan mengapa emak menangis. Adakah kakak dan abang-abangku di Malaysia menyakitkan hatinya. Aku mulai rasa marah terhadap mereka.
Rupa-rupanya aku salah. Emak menyambung aduannya.
"Emak tidak pandai sekolah dan emak kena berhenti sekolah semata-mata untuk kesenangan adik-adik emak. Emak tolong opah buat kerja macam-macam. Menoreh getah seawal belum masuk fardhu Subuh. Emak cari duit beri adik-adik."
"Adik-adik mahu makan, emak suapkan nasi ke mulut mereka walaupun pada ketika itu emak sangat lapar. Tanggung jawab emak lebih daripda opah. Opah yang suka merayau tidak kira ke mana, meninggalkan adik-adik untuk emak jaga. Emak tidak pernah merungut sehinggalah ke hari ini. Adik-adik emak sudah besar. Sudah menjawat jawatan yang pelbagai." Emak diam.
"Emak jangan menangis...," pintaku dari corong telefon. Hiba rasa hati mendengar tangisan emak.
"Sekarang adik-adik emak sudah berjaya. Sudah beranak dan bercucu. Selalu kita dengar di media, anak buang emak. Anak hantar emak ke rumah orang tua-tua," ujar emak, sendunya semakin menjadi-jadi.
"Kini, rupa-rupanya masih ada gejala membuang orang. Tetapi kini, adik membuang kakak. Emak tidak pernah menyesal membesarkan mereka sebagai ganti opah. Tetapi emak sedih, opah tidak mengajar adik-adik emak menghormati emak, sebagai kakak yang sulung."
"Emak sanggup rela jadi bodoh semata-mata beri peluang kepada adik-adik emak bersekolah kerana emak ingat opah pernah merungut, aku tidak cukup duit untuk sekolahkan engaku. Engkau duduk di rumah dan buat kerja tolong cari rezeki!" Emak diam....
Emak akur kerana emak tahu berdosa derhaka kepada ibu. Biarlah adik-adik sahaja yang dapat ke sekolah. Rupa-rupanya, Allah tunjukkan sekarang, biarpun emak bodoh dan tidak sekolah, emak bahagia, anak-anak emak semuanya masuk universiti. Emak bangga, anak emak hormat orang tua. Emak bangga, anak emak bernikah dengan cara halal dan sah."
"Bagi adik-adik emak yang pangkat mereka besar-besar, emak sedih mereka tidak mengajar anak-anak mereka sujud kepada Allah. Meraka lupa mengajar anak mereka menutup aurat. Mereka lupa mengajar anak mereka walimah dengan cara baik, bukan tangkap basah dan ada anak luar nikah."
Sambil terdengar emak mengucapkan syukur, emak menyambung,
"Biar kita bodoh ilmu. Jangan kita kurang iman..."
Aku tidak akan pernah lupa kata-kata emak.
Aku termenung...Teringat akan perpisahan dengan emak saat emak mahu ke Tanah Suci.
"Emak selalu mendoakan anak-anak emak supaya bertambah iman dan menjadi anak-anak dan adik-beradik bersatu dengan penuh ukhuwwah!"
Amin.